Isnin, 28 Februari 2011

Sibuk, Sesak, Lelah, Penat

Alhamdulillah saya ucapkan dulu sebab sudah berlalu pergi Majlis Perasmian Minggu Aspirasi Komunikasi Islam yang dianjurkan oleh Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Melaka dan KOMED serta dijayakan oleh pelajar semester lima (DMC5E) diploma komunikasi dan media UiTM Melaka. Event ni adalah bagi memenuhi keperluan subject event management yang saya ambil sem nie. Seminggu sebelum event x cukup rehat, x cukup tido penat berlari kesana sini, menghantar press invitation kepada media di Melaka dan byk lagi. Tapi sy x mengeluh kerana saya memang suka buat event dan enjoy bila melakukannya sebab tu lah saya nak ambil Public Relation for my degree nanti. Alhamdulilah Imam Muda Asyraf datang untuk perasmian kami dan adakan soal jawab dgn pelajar disini. Tetapi paling kelakar ada lah simbolik perasmian dimana kami menggunakan panah kemudian ada bom asap, x sangka lak bom asap tu banyak sangat sampai kan pengarah kampus kami Prof Dato Dr Mizan  lenyap ditelan bom asap, tapi x pe la tu yang akan orang kenang heheh, lagipun kami dah tanya PA pengarah kampus kami  yang dato okay je dgn semua tu sebab sebelum nie dia penah mengalami situasi bom asap dgn pasukan PALAPES UiTM kami. Sampai sekarang semua orang bertanya. Tapi yang paling pedas ialah bila Madam Wan Rozita bertanya kepada saya pasl insiden ini hahah mtilah saya, nak2 saya penolong pengarah projek untuk event nie, saya menjawab sebaik mungkin tapi tetap kene bidas hahah tapikan saya x kisah sebab saya dah biasa dengan Madam Wan apa yang dia tegur semua tu untuk kebaikan dan menaikkan semangat saya, kiranya setahun saya bekerja dgn dia sebagai KOMED mcm2 saya dapt. Thanks Madam. Lepas je event saya terus flat x sedar diri haha. Apapun memang seronok dapat bekerja dgn semua kawan2 saya DMC5E serta pertolongan barisan majlis tertinggi komed dibawah pimpinan adie lokman dan thanks sebab menjalankan tugas anda dgn laksana dan berjaya, minta maaf lah kalau saya ada buat silap dan salah tapi saya ini hanyalah manusia biasa sahaja. Satu event dah lepas jadi sekarang saya tinggal beberapa event sahaja lagi. Doakan saya tabah dan berjaya amin.

Isnin, 7 Februari 2011

FLASH DAN HAFIZI SAID

FLASH?????? Pe tu??? Itu lah benda pertama yang saya keluarkan. Ingatkan macam blajar indesign and photoshop tapi upanya kene melukis gambar or kartun yang bergerak. Memang x lah kerana saya nie memang x minat melukis dan benci semua tu. Sebab tangan saya bukan untuk melukis dan fikiran saya bukan untuk mereka. Betapa Seksanya hati saya jiwa saya zahir dan batin. Lain yang ilukis dan buat lain hasilnya. Memang sem nie la masalah saya yang paling besar.