Sabtu, 21 Ogos 2010

MEDAN IKAN BAKAR KUALA SUNGAI BARU

Salam ramadhan kepada semua pembaca. Sejak dari awal ramadhan lagi nak sangat berbuka di Medan Ikan Bakar Kuala Sungai baru sebab makanan kat situ sangat sedap dan berpatutan. Hari khamis memang x da kelas untuk semester nie, Jadi pagi khamis tu i dgn roomate i sahair n hafiz mengemas bilik supaya nampak kemas, bersih dan selesa. I nie cerewet sikit bab kemas mengemas nie i x boleh tengok bilik bersepah kalau x mula la i membebel dan menjerit x tentu pasal jadi roomate i pun sentiasa la alert pasal kekemasan dan kebersihan bilik. Lepas je kemas bilik mula berfikir what should i do pada petangnya.. Tiba-tiba teringat Bel dan Mira hehehe, pe lagi terus la call nak ajak pergi bazar ramadhan Kat Masjid tanah sebab nak sangat cari gulai tempoyak disana.. dari awal puasa cari x jumpa ngidam bebeno la waktu tu kiranya. Jadi mereka pun setuju. Kami pergi dua buah kereta. Kereta Bel yang dinaiki oleh mira, fizie ( i la tu), anysz dan hafiz. Kereta fize lak dinaiki azril, najmi n zainal. Sampai je kat Masjid Tanah Zainal dan Najmi bagi cadangan supaya beli kuih je kat bazar dan kita semua berbuka kat Medan Ikan Bakar Kuala Sungai Baru. Hahaha pe lagi semua setuju la sebab teringin nak makan ikan bakar. Jadi kami mudik (mudik la sangat kan) dari masjid tanah menuju ke kuala sungai baru hahahaha. Sampai je disitu kami semua terpesona (katanya) apabila melihat keindahan tempat tersebut kerana kedai makan nya diatas laut dan waktu tu matahari nak terbenam jadi sangat cantik. Kami menuju kesurau dulu untuk menunaikan solat asar. Bayangkan sembahyang disurau kat situ ibarat mcm kita sedang solat diatas kapal ditengah lautan sebab nampak laut di depan, bawah, kiri dan kanan kita. Lepas solat Kami terus menuju ke salah satu kedai kat situ dan pe lagi mula memilih ikan untuk dimakan. Kami semua pilih ikan siakap untuk masak 3 rasa, sotong untuk goreng tepung sotong dia besar, yang pilih sotong tu Azril i sempat lagi laha tau "korang niekan x baik tau makan kaum sendiri" hehehe then ikan pari bakar sambal, dan juga kerang bakar sambal. Nasi lak semua amik nasi putih dan air sirap limau. Kuih-kuih pulak kami dah beli dari bazar tadi. Satu persatu makanan yang kami order sampai dan nampak menyelerakan. Excited nyer amatlah giler sebab x sabar nak rasa masakan tersebut. Tiba2 kami tgok org sebelah dah berbuka jadi kami pun terus berbuka la. Ya Allah sedap nya Allah je yang tahu. Sotong tepung dia rangup dan sedap, Ikan siakap tiga rasa dia pun sedap, Ikan pari sambal bakar pun sedap dan yang paling sedap ialah kerang bakar dia. Semua orang makan x ingat dunia sangat waktu tu. hahaahaha. makan sampai habis lak tu dengan kuih2 sekali. Terfikir gak berpuasa ni biarlah berbuka dengan sederhana tapi kami nie ishh seram tau kalau tengok. Heheheh. I x tau nak cakap apa tapi makanan nya sangat la menyelerakan dan sedap. Tiba2 terlintas difikiran untuk bawak satu kelas berbuka disitu nanti. I pun suruh la mira amik no telefon kat situ supaya senang kalau nak order awal. Apa pun i rasa setakat nie this moment lah sweet memory yang paling best bila berbuka dgn kawan2 baik dan semuanya i syg giler2. By the way thank to u guys sebab sudi berbuka bersama-sama. Nanti kita pergi Port Dickson pulak ek sebab ada satu kedai tomyam yang sedap giler kat situ ngeeeee. Jadi nie la gambar yg dapat diambil.. tq to zainal sebab gambar nie dari kamera phone dia sebab sorang pun x bawak dslr waktu nie.

Pilihan kami

semua tengah tunggu makanan nie

tengok cepat

siakap 3 rasa
sotong tepung
banyaknya makanan

lapar niee
dah habis makan dah ehehe


Isnin, 9 Ogos 2010

MY NEW LIFE


Owh ya kat atas nie adalah my latest picture. I potong rambut sebab demam dan x tahan sakit kepala. Kebetulan pulak ada AGM MASSCOMM. Ianya berlangsung pada 8.8.2010 dimana ianya adalah hari terakhir i bergelar sebagai MAJLIS TERTINGGI KOMED 09/10. Sekarang my life kembali seperti pelajar biasa yang lain dan i dapat lihat kesibukan i semakin berkurangan. Keadaan semuanya kembali seperti biasa tetapi kepenatan masih terasa. Sekarang nie cuma duduk menyiapkan assignment yang nak kene submit before cuti raya, Assignment tu adalah publishing assignment. My group members mencadangkan supaya kami memilih BLUE INC publishing house for our publishing assignment. I cuma setuju sahaja kerana minggu lepas seminggu i demam dan kene tahan dekat wad UiTM sebab suhu i 38.5 celcius. Dapat mc seminggu tapi balik rumah opah di melaka je x balik perak pun sebab that week i ada Karnival Budaya dan juga AGM MASSCOMM. Itulah my last event for this semester agaknya. Oh ya semester nie agak lapang juga sebab kelas sikit dan banyak masa terluang. Em for broadcaasting subject our assignment adalah pasal RADIO dan tak tahu nak pilih radio apa. My classmate Bel cadangkan i pilih RTM radio sebab dia pun buat rtm. Tapi i rasa i nak buat SURIA FM for this subject. Bila fikir balik i dah penah buat suria fm for my mass media masa semester dua. Emmm i kene pikir dalam2 hahahaha. 

Jumaat, 7 Mei 2010

TAMAT SUDAH SEMESTER INI

Alhamdulillah tamat dah semester ini selepas berbagai dugaan terpaksa aku tempuhi. Semester ini mula rasa erti hidup dimana aku banyak mengalirkan air mata diatas sebab yg menyakitkan. Hilang kepercayaan pada kawan, kemalangan, latop pecah, kamera i sewa rosak sebab accident, handphone jahanam, ditikam dari belakang oleh kawan baik dan macam2 lagi. Aku dapat rasa pointer aku mungkin akan jatuh. Hancur harapan untuk anugerah dekan. Semester depam aku tukar kelas nak mulakan hidup baru. Dah tekad. Tapi andai aku x da kat melaka maksudnya aku g Fast track la tu. Tapi bergantung. Walaupun luka dikhianati dah sembuh tapi ianya berparut. Berharap sangatsemester depan akan jadi lebih baik dari semalam. Amin..... Dengan ini tamat suad semester tiga sebagai MASSCOMMER and i makin matang untuk blajar apa itu erti hidup....

PUISIDRA KELAB KEBUDAYAAN UITM MELAKA

 PUISIDRA CAHAYA SUCI IMAN  KELAB KEBUDAYAAN UITM MELAKA
                                                                          

 
On stage

Alhamdullillah x sangka dapat offer untuk buat persembahan pembukaan Majlis Pertandingan Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan di MITC Melaka. Majlis Agama Islam Melaka or MAIM minta kelab kebudayaan UiTM Melaka buat persembahan kitaorg pe lagi terus je terima. Tajuk Puisi tu ialah Cahaya Suci Iman. Jadi kami telah memilih Noorlieza n Amir sebagai pemuisi yg lain pelakon dan krew. Memang hebat persembahan u guys malam tu lepas byk yg diharungi. Mula2 dengan pentas yg kecik then kami minta besarkan,pas tu masalah audio..fuhh kelam waktu tu... then last sekali ialah lighting yg x letop. Menurut syarikat PA system tersebut mengatakan mereka x diberitahu bahawa ada persembahan just ada bacaan al quran je. Tapi atas kegigihan pihak yg uruskan event tu maka hari persembahan kami dpt gak lighting yg meletop hehehe..best gak la. x lupa SU MAIM Puan Syarifah atau lebey mesra dipanggil akak sangat la baik.. sediakan bilik untuk kami bersiap iaitu di ANCASA HOTEL MITC. not bad the room. ok la untuk besiap. Malam pesembahan memang panik mau x nyer takot x menjadi malu nama kelab Teater UiTM Melaka. fuhhh alhamdullillah semua selesai dan berbangga dengan merekasemua.. u guys adalah yg terbaik.. next sem kita akan wat teater muzikal lak hehehe.. Here some picture from me...


Pesembahan bermula

Tengah make up hehehe

Barisan ahli kelab teater yang terlibat

Barisan Hamba

Bangsawan arab

Barisan lelaki islam

Barisan krew yg hot

Pemuisi yg disayangi

Barisan audio n lighting
                                                     
Penasihat Kelab dan SU MAIM

Khamis, 8 April 2010

Nasib Malang atau Sumpahan

Tak tahu la kenapa semenjak dua menjak nie masalah dan nasib malang atau sumpahan menyelubungi diri ini. sentiasa didalam dilemma. Bak kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga. Tapi bagiku ianya lebih teruk dari itu. Mula2 accident terima 12 jahitan didagu, moto rosak teruk, tabgan berparut, lepas tu minggu nie my latop jatuh dalam kelas waktu presentation then skrin dia pecah. Aku hanya mampu menangis je waktu nie. dah la story board x habis edit lagi. keadaan menjadi kelam waktu tu. terpaksa gagahkan diri present dulu then dah habis baru menangis sepuas-puasnya. Semalam pulak aku pergi teman zainal shoot gambar kat Tanjung Bidara untuk story board dia tiba2 kaki sahair luka n berdarah. aku pun berkejaran la untuk menolong dia tapi lain jadinay bila aku jatuh di atas batu di tepi [antai dengan tganku terseluih serta pipi ku terhantuk diatas batu. sakitnya tuhan sahaja yg tahu. habis beg, organizer dan barang2 ku basah. Paling malang lagi bila handphone ku kena air laut dan sekarang mengalami kerosakan. aku tak tahu la lepas nie apa yg akan berlaku tapi aku menati hari yg bahgia kelak. Tiba2 aku teringat kata2 Sahair "Allah x kan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya. aku akan banyak bersabar kali ini.

Rabu, 3 Mac 2010

MY SCHEDULE ON MARCH UNTIL APRIL

Huhu cepat masa berlalu dah bulan ketiga untuk tahun 2010. Dalam tempoh masa nie macam i belajar dan dapat pengajaran termasuk la accident yang menyebabkan dagu dijahit sebanyak 12 jahitan. Ngeri gak la sampai sekarang x berani nak tunggang motosikal lagi. Bulan nie agak sibuk sedikit sebab banyak event yang i kene handle n join. Assignment pun melambak. Bel pula makin hari makin membosankan tak tahu la kenapa tapi dalam banyak2 lecturer bel yg paling best ngajar Mr Saini la. huhuhu. so nie la benda yg i kene lakukan dan beri tumpuan dahulu

1)4.3.2010 - PUBLIC RELATION QUIZ, METING KEBUDAYAAN
2)5.3.2010 - JOURNALISM TALK
3)8-12.3.2010 - PUBLIC RELATION AND JOURNALISM MIDTERM EXAM
4)12-14.3.2010 - PUBLIC RELATION PROGRAM AT USM
5)16.3.2010 - GROUP CRITIC DESIGN
6)28.3.2010 - SANTAI BUDAYA
7)29.3-1.4.2010 - FESTIVAL KEBUDAYAAN UITM
8)30.3.2010 - FINAL PRESENTATION DESIGN
9)1.4.2010 - PRESENTATION SEVEN PICTURE N ESSAY SUBMISSION
10)2-3.4.2010 - FESKOM
11)21.4.2010 - PUISI DRA SEMPENA PEMBUKAAN PERTANDINGAN MENGHAFAZ AL-QUARAN PERINGKAT KEBANGSAAN DI MITC MELAKA

Jadi nie la yg kene buat setakat nie. huh kne banyak bersabar dan x boleh tangguh kerja lagi. Meting lagi la jgn ckp tiap minggu ada je. latihan untuk puisi dra pun sama gak. But i enjoy with all of this sebab i suka kan cabaran. hahahahaha. Dengan adanya kerja nie la i dapat melupakan segala masalah yang dihadapi. I hope this sem i got Deans list. Amin... so i hope i ada masa lagi nak update blog tentang cerita menarik...

Khamis, 11 Februari 2010

SETELAH SEKIAN LAMA

Ya Allah dah lama rupanya i x update blog... hehehe agak la kan.. sedikit sibuk.. this sem i masuk semester ketiga jadi banyak cabaran dan subjek pun makin susah. This sem i blajar photo com, graphic design, journalism and public relation. Paling best sebab ada subject PR ye la kan i nak further degree in PR la nanti. heheheheh. This sem i masih lagi menjadi MT KOMED cuma awal2 sem dah memang sibuk sebab i jadi ketua projek untuk induction part 1 n part 2. Nie la first time induction digabungkan jadi agak mencabar disini. Walaupun macam2 berlaku tapi ianya tetap berjaya. Alhamdulillah nanti kalau ada masa i update la pasal induction. Then lepas tu kami komed kene la bawa student masscomm part 1 sampai part 3 pergi ke UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM) sebab ada perjumpaan perdana menteri Datuk Seri Najib datang. So masscomm dipilih untuk memeriahkan suasana. Memang kami gila2 havoc samapi IPTA n IPTS lain tenggelam ye. Hahhhaaa. Sebab kan ini la hari nie,Jumaat 12.2.2010 kami kene hanta lagi student masscoom part 1 n part 2 ke Puncak Alam atas permintaan our VC. so terpaksa la pergi huhuhuhu. This sem juga i belajar cara menggunakan DSLR memang best ada la beberapa gambar yg i ambil yg i suka heheheheh



nie gambar yg i ambil kat tanjung bidara hehehe... setelah laam i meroyan u ntuk ke pantai akhirnya waktu nie dapat gak pergi n dapat gak hilangkan segala beban dan masalah di hati ini hahaha nanti kalau ada masa lagi i akan update blog lagiii...