Ahad, 23 Ogos 2009

PERINGATAN KEPADA SEMUA PELAJAR UITM KAMPUS ALOR GAJAH

Kalau nak beli makanan sahur kat dwan makan ke kat kafe ke baik korang turun sebelum pukul 3 pagi ye. Kalau x ualzzz akan wat ratapan anak tiri tak bersahur punya versi. Dewan makan dgn kafe dibuka sehingga 3 pg je. sedey kot. Jgn jadi mcm i tadi bersahur mkn magie sampi menggigil nie nak tgu bebuka. Sebab x da makanan. wawawa. Jadi keluar la awal2 ok beli makanan.

Jumaat, 21 Ogos 2009

MUNCUL_KEMBALI_PENUH_RAHMAT

Alhamdulillah syukur pd allah akhirnya ramadhan yg ditunggu menjelma. Dapat juga ku beribadat dibulan yang mulia ini. Sedih tidak dapat kukatakan kerana ini merupakan ramadhan yg pertama dimana ku berjauhan dengan keluarga tercinta. Mesti terasa kelainannya kali ini. Selama ini ku tidak pernah berjauhan dgn mereka. Nak menitis air mata. Apa yang pasti kali ini bulan puasa ku tidak dapat pulang ke rumah kerana kesbukan ku disini. Lama sangat nak menunggu raya. Yaallah lindungi la keluargaku yaallah dibulan ramadhan ini. Semoga ramadhan ini penuh dgn kesyukuran dan kerahmatan serta keberkatan. Kepada semua sahabatku selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia ini. Banyakkan ibadat semoga dirahmati allah....Amin.........

Rabu, 19 Ogos 2009

YA ALLAH KUATKAN SEMANGAT HAMBAMU INI

Tak tahu la nak cakap apa lagi dgn kehidupanku kini. Semuanya tidak teratur. Walaupun i busy i masih lagi mampu aturkan hidup i. Tapi bla i sibuk kemudian timbul masalah yg memang membebankan mcm x mampu je nak selesaikannya. Betapa bencinya aku kepada cinta dahulu kerana cukup bagiku sekali dilukai dgn kata2 yang meninggalkan parut yg kekal. Aku cuba melariakn diri dari cinta namun mengapa tiba2 aku menjadi lemah tika datang seorang insan yang meraih cinta dan kasih sygku. Mulanya aku begitu ego dgn tidak menyatakan apa2. Tetapi bla dia mula menjauhkan diri dari ku atas sikap ku hati ku merinduinya. Mengapa ini terjadi kepadaku. Aku tidak tahu mengapa aku begitu terasa kehilanganya. Nak menangis mungkin tiada gunanya kerana ianya sudah berlalu. Mesej ku hantar tidak berbalas. Aku menunggu mesej darinya hari demi hari tapi ianya amat memeritkan hatiku. Sekarang baru ku sedar bahawa tiada gunanya mengharap. cukup la aku dipermainkan dan dihina dahulu. Aku tidak sanggup ianya berulang kembali. Mungkin juga aku patut berhenti menunggunya menghantar mesej kepadaku lagi. Aku patut tumpukan kpd hidupku ini. Tetapi pada siapa harus aku meluahkan perasaan ku ini. Along, Hazel, Murat, Kak Wi semuanya berada diPerak jauh dari ku. Biarlah aku menyendiri dgn duniaku kerana didalam kamus hidupku sudah tiada perkataan cinta lagi. Dan aku tidak akan mengharap jika ada yang mampu membuka pintu hatiku untuk menerima cinta. Kerana aku akan meninggikan ego aku mulai hari ini. Jika dia menyayangi aku dia akan menyayangi ku sepenuh hati bukan merajuk membawa diri dan berputus asa. Biarlah perasaan syg ku padanya hilang walaupun aku tahu ianya tidak akan hilang. Ya Allah ya tuhanku bimbing lah aku... sesungguhnya aku sudah penat untuk menangis lagi... tabahkan hati ku sesungguhnya aku sudah penat menghadapinya berulang kali,..... benar kata orang cinta tidak semuanya indah seperti yang kita inginkan........mungkin sudah ditakdirkan aku hidup didunia ini berseorangan

Ahad, 16 Ogos 2009

Alhamdulillah Semua terjawab

Akhirnya pemilihan YDP dan NYDP KOMED terjawab malam nie ketika AGM MASSCOMM dimana Dhya menyandang jawatan YDP dan Hanizzz NYDP komed. Congrats guys im proud with u guy. Pas nie kita memang kene berganding bahu untuk menyediakan event yg letop dan havoc. I percaya bawah pimpinan Dhya n Haniz kami MT KOMED BARU mampu menjalankan tugas. Thanks to MT LAMA kami akan sentisa mencari anda. hehehehe. Again tio all masscomers at uitm melaka please support us as ur NEW MT. tq

Khamis, 13 Ogos 2009

KELEGAAN SEMENTARA

Alhamdulillah dah habis presentation minggu nie punyer. Amat penat sebab i ada 4 presentation mgu nie. Hari selasa ada presentation mass media untuk proposal. hari rabu amat sesak iaitu ada 3 presentation sekaligus iaitu CTU, BEL 260, PBSM. Memang x tau nak ckp apa kalau x tabah memang dah stab diri sendiri agak nya. hahahahahahha. dah la hari selasa n rabu kelas i dari pukul 8.30 pagi sampai 10 malam tanpa henti. kalau ada gap pun sejam je. sedey sangat. tapi x pe blaja mana ada senang kan... mghu depan i ada presentation Public Speaking, Ctu, BEL 260, dan quiz human com serta writing mass media punya assigment. Memang penat gla. Tapi kan pelik sangat bla hari tu i balik dari KL ada dak Uitm Melaka gsa x tau kos pe sembang dgn dak part one cakap yang MASSCOMM nie kos untuk dak malas je. banyak baca buku. Pegi mampus la bla ko ckp mcm tu sebab dak masscomm la paling sibuk tau assignment n reseach kna wat kat luar, g interview la. ko amik kos senang leh la cakap n bising2. bengang gla kot. sabar je la.... huhuhu k la nak g wat preparation untuk presentation next week. c u daaaaa

Khamis, 6 Ogos 2009

ALHAMDULILLAH

Bersyukur pd allah sebab x sangka i punya interview untuk Majlis Tertinggi KOMED berjaya. I menjadi 15 MT KOMED yg terpilih... Hari rabu nie akan ada election untuk memilih YDP KOMED.... jadi i kene bertanding.... so pe lagi kepada semu yg kenal i pergi lah mengundi kalau boleh jgn lupa undilah HAFIZI SAID ok.... im from DMC2E.... Dont forget to vote me ok.... thanks n love all of u