Tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan, tidak semua yang kita rancang akan terlaksana, mungkin buat masa terdekat ianya mustahil tetapi bila kita bersabar ianya akan membuahkan hasil juga, seperti kata pepatah sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit, impian yg diimpikan mungkin akan terlaksana jika dilakukan perlahan-lahan. Aku terpaksa berkorban demi masa depan dia, sudah banyak dia berkorban untuk aku, tidak mungkin aku akan mendapat adik sebaiknya kerana itulah aku terlalu menyayanginya. Tetapi bila difikirkan balik ada hikmah semua ini bagi aku, cuti semester lepas aku dapat melihat dan merasakan bahawa keputusan aku ini adalah yang wajar. Tiba-tiba aku teringat rangkap ini dalam hikayat merong mahawangsa "SAMPAI MASA TIBANYA WAKTU, REDUP HATI KAU BERDUA, BILA DUA JASAD BERSATU, HIDUP MATI JADI BERSAMA. Apapun terjadi aku harus tabah dan kuatkan semangat, mungkin takdir aku untuk mengecapi impian aku lambat berbanding kawan2 aku tapi ianya tidak akan pernah melunturkan semangat aku walaupun sedikit.
Isnin, 30 Mei 2011
Sabtu, 21 Mei 2011
BERSAWANG MELAMPAUI BATAS
Ya Allah memang semester lima aku sibuk x cukup tangan dgn assignment, keje luar, shooting, tambah lagi dengan persatuaan kebudayaan aku memang semuanya kelam tapi dapat diurus dgn bijak, Alhamdulillah semua dah belalu dah nak habis pun cuti semester yang x seberapa nak semester ini, minggu depan sudah masuk semula dan yg best kelas hnya hari rabu sahaja satu kelas sahaja, insyaallah untuk project next sem memang byk akan menanti, dgn event untuk part 6 event kebudayaan, harap2 jadilah pertukaran budaya ke indonesia serta pertukaran budaya uitm disarawak. Sepanjang semseter lima mcm2 benda berlaku, nak kongsi sikit lah melalui gambar2 yg akan di uploadkan nanti, dengan kenangan shootingnyer, pesta pantun bestari, event kebudayaan dan mcm2 lagi, bagi aku walau pun penat tapi semuanya penuh bererti dalam hidup ini kerana ia mengajar aku untuk jd lebih tabah insyaallah, ye la mana x nyer dua hari x tido2 uruskan citrawarna then shooting sampai 6 pg bangun uruskan citrawarna lgi, pas tu shooting then malam citrawarna... fuhhh penat untuk 3 hari berturut-turut, kalau x kuat smangat memang dah tumbang agaknyer...
Nie dgn my best friends kat jonker walk melaka
Majlis tertinggi persatuan kebudayaan dan kesenian UiTM Mleka 2011
Persembahan Secentra di sepetang bersama media
Memasak dgn dhiya bila ada masa terluang
Pesta pantun bestari 2011 Universiti Malaya
Malam penutup citrawarna UiTM Melaka 2011
Karnival penghayatan budaya (KARYA) 2011
Persembahan Teater dari Kelab Sepresi
Pertandingan Citrawarna antara kolej UiTM Melaka
Jawatankuasa citrawarna 2011
Lawatan ke kilang gardenia dgn classmate
Sebenarnya byk nak di upload tapi nie je la dulu, nanti ada masa akan upload.....
Langgan:
Catatan (Atom)