Sabtu, 28 Mac 2009

THREE BELOVED FRIENDS IN MY LIFE

Huhu orang cakap zaman sekarang memang susah nak cari kawan sejati. Memang betul pun. Sebab tu la daku menyayangi sesebuah persahabatan. Kawan2 baik ku tidak ramai. Yang perempuan hanya tiga orang jewr. Tu pun selepas beberapa kejadian ngeri yang menyebabkan kami hampir berpisah masa form 5 tapi alhamdulillah ianya berkekalan sampai sekarang. MAZNI ataupun lebih manja di panggil MAZ BUCUK kwn ku sejak kecil lagi sebab rumah kami berdekatan dan berjiran membesar bersama-sama katakan. Kawan ku yang peramah, manja, lembut tak kot sebab dia ni brutal cikit. Haha aktif sukan katakan. NABILA atau lebih havoc panggil BIE BUCUK orang nye macam maz tapi minah rempit. Rempit ker? Em....... mungkin sebab dulu mula-mula dapat moto punya la sopan bawak macam ustazah katakan. Tapi sekarang masyaallah laju giler..... merempit la katakan. Haha jgn marah ek bik. Dia ni anak ke2 dipanggil kak ngah. Opah bie nie jiran dgnku tu yg besh n rumah dia pun tak jauh dgn rumahku dan yang penting umah dia dekat sekolah je. Sahabat ku yang akhir sekali namanya HASZRINYANTI dipanggil YAN BUCUK. Dia ni manja n sensitif cikit. Peramah pun ada gak. Yang penting dia ni kawan yg caring macam yang lain. Yan jugak macam daku sensitif gla perasaan kita orang mudah tersentuh. Lepas jew habis form 5 kami berpisah jap. I keje kat KL, yan duk dgn kakaknya kat peneng kecuali maz n bie kat kg lagi. Ingat kami berpisah tapi tak kami masuk form 6 sama2. Tapi sekarang i belajar kat UiTM Melaka, Bie kat Kolej Kejururawatan Pasir Mas Kelantan. Jadik tgal Maz n Yan jew kat Bota Perak Amik STPM. Gud luck my frenzzzzzzzzz........... love all of u. Daku berdoa semoga persahabatan kita kekal ke akhir hayat.


MAZ COVER AYU


BIE TGAH TUNJUK MUKA COMEL


YAN POSE KAT POKOK


3 ANAK DARA TGAH SENYUM

P/S- waktu nie daku menahan air mata dari menitis kerana rindukan mereka semua. Lama tak jumpa dan susah nak cari pengganti mereka kat uitm.

Ahad, 15 Mac 2009

PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI MELAKA {KONTIJEN UITM}

Alhamdulillah syukur lega dah lepas sambutan maulidur rasul. X sangka gak leh terpilih mewakili Uitm utk perarakan ni pada 09.03.2009. Citenyer bemula apabila pada khamis malam 5 mac i tgah packing barang untuk betanding teater kat segamat and pas tu nak balik. Tiket dah beli. Naik keretaapi dari Tampin pukul 4 pg sapai Ipoh 11 pg. Tiba2 tgah mengemas ada orang cakap YDP kolej cari i. I pun mengelabah tak tentu pasal ada wat salah ke ek. Nama YDD kolej i Amin. Orangnyer baik and peramah. Dia cakap yg dia mgu ni kena wat assigment kat luar jadi tak dapat g perarakan maulidur rasul n minta i tolong gantikan dia. Fuhhhh........... gigih kot i dah beli tiket lagipun ada kenduri tahlil kat umah opah i. Jadi ckap la kat dia i x dapat tolong. Tapi bila dia minta tolong bebeno i pun jadi kecian. Bak kata orang perak LIBANG-LIBU. Huhu. I tepaksa wat keputusan yang akan memenatkan i kerana balik sehari ke perak then balik sini lik. Bla difikirkan i pun setuju je la. Mukin ari ni dia perlu bantuan nanti2 i lak. Jadi ari isnin 6pg Gigih ni ala2 bawak lampu suluh bekumpul kat koperasi untuk menaiki bus. I rasa ala2 i nak g menoreh pagi2 buta ni. Ngantuk nye jgn la ckp. Sesampai kat stadium hang tuah kami pun ambil tempat kami dan menunggu giliran untuk berarak. Alamak lupa la pulak yg tepilih untuk perarakan ni semuanya MPP UITM MELAKA dan YDP KOLEJ. Dapat ar gak kenal diaorang semua. Huhu........ penat pun ada. ni gambar kami yang sememangnya segak dan ayu berbaju melayu bagi lelaki n bebaju kurung bagi wanita.


BESEMANGAT GITU KAK DIANA N DIA


TENGAH BERARAK NIH


DIA and Kak Diana MPP MASSCOMM


SEBELUM PERARAKAN



Rabu, 11 Mac 2009

INTER CAMPUS READER'S THEATER AT UITM SEGAMAT

Huhu gigih kot kita orang mewakili UiTM Melaka dalam pertandingan teater kat segamat. Semingu jew i belatih tu pun last2 minit dipilih bagi membantu mencukupi watak. I pegang watak King Claudius. Strong i jadi raja. Haha gagah sangat waktu tu. Opsss lupa lak nak cakap tajuk teater kitaorang. Tajuknya Hemlet by Wiliam Sheakspear. Huhu kalau ejaan salah maklum la. kita orang betanding pada 06.03.09. Persedian ala kadar jew. Tapi yg kelakar kita orang bergerak ke UiTM Segamat jam 10 pg jd i n Anis sempat kot wat speaking test for BEL120. Waktu test tu orang gigih nak habis cepat ni si Anis leh pulak lambatkan dgn membangkang pilihan i dgn Lilo. Haha. Sampai jew segamat trus dibawa kerumah tetamu Ledang Inn. Cantik kot tempatnya. Dalamnya lg cantik jd i n anis yg memang fotogedik ni trus mencapap tangkap gambar kat setiap ruang yang ada dari bawah hingga ke tingkat atas. Kemudian dak UiTM Pahang pun sampai. Benda yg kelakar kat Uitm Segamat beberapa kali kita orang sentap sebab kat sana dia punya kekuatan agama tinngi. Huhu. Pas jew solat trus besiap sedia untuk bertanding. semua dimekapkan dgn produk make up yg ditaja oleh budak part 2 n tak tau pe jenama make up dia. punya la besemangat kami bertanding tapi malang yg memang tak penah bebau tapi dikatakan bebau [pelik gak kan] waktu giliran kitaorang yg gigih n melotopzzzzzzz dgn make up chorus ala2 tebal 2 kaki microphone wat hal. Bla kita orang becakap ianya begaung. Yang pelik waktu dak Segamat wat persembahan dia orang dgn tajuk teater Cinderlacan mike ok jew. Xpe la pasrah je la kan u allzzz. Bagi i tiap kali i masuk ape2 petandingan hadiah, menang atau kalah itu nombor dua yg paling penting pengalaman sebab kita belajar dari pengalaman untuk meneruskan hidup. Pe pun kita orang tetap bangga dengan pencapaian kita orang sebab kami kalh dengan penuh begaya kerana ramai yg memuji kami yg hebat antara yg lain sampai pengarah kampus UiTM Segamat pun memuji kita orang. Waktu tu kembang kincup semuanya. Haha.......... Macam trade mark kita orang hebadddddddd......... Thank u to all person who involve in Hamlet teater.

lepas habis betanding teater semua begambar ala2 fotogedik

ni la kita orang tengah wat persembahan


pose chorus yang memukau lagi menarik perhatian


semua kepenatan masa dalam pejalanan pulang hingga meleleh air liur haha

bergambar dgn piala yg dimenangi dgn penuh gaya

Selasa, 10 Mac 2009

CAMPING PICTURE PART 2




Huhu continued picture camping yg menarik sbb byk nak dikongsikan.



yg pegang biskut tu prebet kesayangan fizi, yg blakang cheroi cute n yg tgah tu me.


Huhu tetap manis kan i begambar dgn dak PLKN kat Ayer Keroh dgn komander kesatria




huhu gigih peserta sdg redah paya tapi i n safwan begambar dgn komander


waktu ni ujan n baru nak mula wat water confident