Isnin, 11 Julai 2011

ALHAMDULILLAH (ANUGERAH DEKAN)



Selama 2 tahun iaitu empat semester aku bertarung dan mengharap untuk menggengam sijil anugerah dekan akhirnya sem lepas doa aku dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Mungkin kerana doa dari mak dan abah yg tak jemu doa anak dia berjaya. Semalam adalah hari penyampaian untuk yang dapat anugerah dekan di hotel Renaissance Melaka. Aku masih lagi ingat nasihat kawan baik aku zainal yang selalu bagi aku nasihat bila aku gagal nak dapat anugerah dekan, dia cakap belum sampai lagi masa Allah nak bagi kita sesuatu yang kita hendak. Kita kena berdoa tanpa henti. Aku ingat lagi masa aku semester dua pointer aku 3.48 lagi sikit je nak dekan, aku sangat lah sedih dan down gila waktu tu sehingga semester tiga aku hilang semangat untuk mengejar impian aku. Dan kerana putus asalah sem 3  pointer aku jatuh dengan mendadak dan teruk walau pun masih 3 pointer keatas. Tapi bila aku fikir balik nasihat zainal, nasihat mak dan abah pada aku semester 4 aku bangkit balik walaupun gagal mendapat anugerah dekan dan aku pasrah serta redha. Alhamdulillah berkat kesabaran aku dapat juga anugerah dekan semester lima lepas. Bila aku fikir balik aku tersenyum walaupun komputer riba aku jatuh pecah skrin dan aku tiada komputer riba nak buat assignment aku berjaya jugak. Terima kasih pada zainal sekali lagi dan juga sahair yang bagi pinjam komputer riba diaorang untuk aku siapkan kerja aku. Aku juga dapat buktikan bahawa tidak kira apa pun kekurangan kita kalau kita tekad, berusaha, ingatkan mak dan abah kita pasti kita akan berjaya mengharunginya. Aku berdoa supaya supaya suatu hari nanti aku akan dapat mengejar cita-cita aku walaupun beronak berliku laluan yang terpaksa aku lalui begitu juga dengan adik beradik aku, aku harap mereka akan mengikut jejak aku dan menjadi insan yang berguna serta membanggakan kelaurga mereka. Amin.




*koleksi gambar yang sempat ditangkap.

Rabu, 6 Julai 2011

KOLEKSI GAMBAR PERKAMPUNGAN KARNIVAL PENGHAYATAN BUDAYA UiTM MELAKA (KARYA) 2011

Koleksi gambar semasa karya berlangsung selama tiga hari iaitu dari 1 Julai hingga 3 Julai 2011. Pertandingan ini melibatkan 15 kolej kediaman UiTM melaka dan johan keseluruhan adalah kolej lekiu. Setiap kolej diminta mencabut undi bagi menetukan mereka mewakili budaya dari neger yang ada dalam malaysia serta budaya indonesi dan thailand. Pertandingan yang dijalankan adalah 

1) Tarian Tradisional dan kotemporari
2) Nyanyian lagu klasik
3) Busana negeri
4) Koir Lagu rakyat
5) Kembara Budaya
6) Hiasan Booth





















*p/s- terima kasih pada hamster untuk pic nie dan juga persatuaan kebudayaan... x semua pic pertandingan ada.

June 2011

Alhamdulillah semua urusan akhirnya selesai.. ingatkan semster akhir nie dapat la rehat banyak tapi tak jugak... hahhaha ye la mula2 kene selesaikan urusan my sister yang dapat tawaran jururawat masyarakat under Kementerian Kesihatan Malaysia di kolej jururawat masyarakat port dickson negeri sembilan. Bukan sikit urusannya banyak yang memerlukan tenaga berulang alik ketempat yg sama berkali-kali. Mula dari medical check up, ujian darah, ujian dadah, lepas tu pergi makhamah angkat sumpah buat sedikit kenduri kesyukuran semua ada. Selamat sem ni kelas hari rabu sahaja jadi setiap minggu aku balik perak naik bus naik muak pun ada hahaha. Tapi tak pe semua tu demi kasih sayang aku pada adik perempuan aku yang sorang je. 1 Julai tarikh mendaftar jadi pergilah hantar dia... tapi lepas hantar dia pagi jumaat tu tengah hari abah aku hantar aku balik rumah sewa kat melaka sebab petang aku ada event iaitu Perkampungan Karnival Penghayatan Budaya (KARYA0 2011 anjuran MPP UITM MELAKA dan Persatuan Kebudayaan. 3 hari event itu... seronok juga lah walau penat sebab disertai oleh 15 kolej kediaman yang ada dalam UiTM Melaka. pertandingan pun banyak juga ada pertandingan nyanyian klasik, tarian tradisional, koir lagu rakyat, busana negeri, perhiasan booth setiap kolej, dan kembara budaya. Buat masa ini aku sedikit bebas la sebab tiada apa-apa aktiviti tapi sabtu dan ahad nie aku kene pergi beberapa event... 9 Julai pagi sampai malam ad sesi Induksi dan juga Festival Komunikasi (FESKOM 2011) tapi aku pergi pagi je sebab malam pergi UiTM Shah Alam tgok konsert Simply Siti hehehe saja je nak pergi sebab najmi dgn zainal dan faris ajak ikut je... cadangnya aku nak tdo sana overnite jalan2 hahahah tapi x jadi sebab tba2 dapat tahu ahad tengahari aku kene pergi lunch untuk penerima anugerah dekan semster lepas...