Rabu, 6 Julai 2011

June 2011

Alhamdulillah semua urusan akhirnya selesai.. ingatkan semster akhir nie dapat la rehat banyak tapi tak jugak... hahhaha ye la mula2 kene selesaikan urusan my sister yang dapat tawaran jururawat masyarakat under Kementerian Kesihatan Malaysia di kolej jururawat masyarakat port dickson negeri sembilan. Bukan sikit urusannya banyak yang memerlukan tenaga berulang alik ketempat yg sama berkali-kali. Mula dari medical check up, ujian darah, ujian dadah, lepas tu pergi makhamah angkat sumpah buat sedikit kenduri kesyukuran semua ada. Selamat sem ni kelas hari rabu sahaja jadi setiap minggu aku balik perak naik bus naik muak pun ada hahaha. Tapi tak pe semua tu demi kasih sayang aku pada adik perempuan aku yang sorang je. 1 Julai tarikh mendaftar jadi pergilah hantar dia... tapi lepas hantar dia pagi jumaat tu tengah hari abah aku hantar aku balik rumah sewa kat melaka sebab petang aku ada event iaitu Perkampungan Karnival Penghayatan Budaya (KARYA0 2011 anjuran MPP UITM MELAKA dan Persatuan Kebudayaan. 3 hari event itu... seronok juga lah walau penat sebab disertai oleh 15 kolej kediaman yang ada dalam UiTM Melaka. pertandingan pun banyak juga ada pertandingan nyanyian klasik, tarian tradisional, koir lagu rakyat, busana negeri, perhiasan booth setiap kolej, dan kembara budaya. Buat masa ini aku sedikit bebas la sebab tiada apa-apa aktiviti tapi sabtu dan ahad nie aku kene pergi beberapa event... 9 Julai pagi sampai malam ad sesi Induksi dan juga Festival Komunikasi (FESKOM 2011) tapi aku pergi pagi je sebab malam pergi UiTM Shah Alam tgok konsert Simply Siti hehehe saja je nak pergi sebab najmi dgn zainal dan faris ajak ikut je... cadangnya aku nak tdo sana overnite jalan2 hahahah tapi x jadi sebab tba2 dapat tahu ahad tengahari aku kene pergi lunch untuk penerima anugerah dekan semster lepas...

1 ulasan:

KeY_riN berkata...

fizi dtg shah alam ke? hmm, ingat leh la jumpa jap....petang ke,rindu ngan fizi semua..