Ahad, 20 November 2011

SEPI SEBUAH SARANG

Salam agak lama jugalah aku meninggalkan blog aku nie kesepian dan terus bersawang serta menjadi sarang yg ditinggalkan sepi menunggu hari untuk dibakar. Semuanya kerana selepas tamat sahaja pengajian sebulan aku tak sentuh mana2 komputer or lappy sebab sibuk kerja katakan tapi tu lah sebulan je aku kerja kat Parkson Sg Wang Kuala Lumpur tu sebab aku nak balik kg dan cari kerja dekat sini je. Sebabnya dekat dengan keluarga aku, kawan2 aku dan macam2 lagilah. Lagipun memang aku nie anak desa sebab tak biasa aku duduk dibandar yang sibuk sentiasa dan terlalu ramai orang. Pulang di kampungku benda pertama yang aku tuju adalah Sungai Perak belakang rumah aku. Alangkah indahnya dapat menghirup udara segar dan melihat aliran air sungai yang membuat aku sentiasa tenang dan melupakan segala masalah aku ibarat melepaskan segala bebanan dan ganguan yang membebankan fikiran aku. Selama sebulan nie lah macam2 perkara berlaku, aku dapat jemput jemputan Karangkraf untuk menghadiri temuduga jawatan Wartawan Majalah dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan menunggu pangilan kalau diterima. Masalah sepupu aku lagi, macam2 lah. Tapi biasa la kan manusia yg x da masalah tu bukanlah manusia (cliche ayat nie hahaha) Owhh ya aku dah buat keputusan dan aku tetap dengan keputusan ini dan muktamad aku tidak akan menyambung pelajaran aku keperingkat ijazah sarjana muda kerana masalah yang aku hadapi. Tapi tak pe belum sampai masa dan rezeki dan aku x kan putus asa aku akan kejar impian aku. Orang nak cakap apa biarlah yang paham aku je bukan diaorang. Aku harap lepas nie aku akan rajin update blog sebab byk yang nak dikongsikan dan diceritakan...Insyaallah

Tiada ulasan: