Khamis, 24 November 2011

MEE UDANG SEMPOI (TERBAIK...)



Perghhhh itulah gambaran pertama melihat hidangan Mee Udang Sempoi di Ulu Kinta Ipoh (gambar diatas). Kebetulan malam semalam menemani kawan yang memerlukan saya dan kawan yang lain untuk meluahkan masalahnya. Jadi sebagai sahabat saya sentiasa membantu. Inilah kata orang tolong orang pasti ada ganjarannya hehehe sebab kawan saya ajak makan...Fuhhh ini adalah kegemaranku hahaha rezeki jangan ditolak tambah2 lagi orang belanja. Dia cakap dia ada makan satu kedai Mee Udang Sempoi dekat Ulu Kinta dan dia cakap sedap, jadi kami terus terima dan pergi merasainya. Di kedai nie dia ada jual macam2 lagi masakan seperti mee ketam sempoi, nasi goreng ketam, udang dan macam lagi lah. Bila je Mee Udang tu sampai kami semua terkejut betapa banyaknya udang yang dia letak dalam masakan tersebut. Benda pertama yang akan saya lakukan apabila makan benda berkuah ialah merasai keenakan kuah tersebut. Apalagi ambil sudu terus cedok kemudia tiup dan rasa, hurmmmmm sedapnya serius sedap sebab kuah dia ada semua rasa yang menepati citarasa. Kuah dia bila dimakan bersama mee tersebut masih lagi terasa keenakannya. Memang tak rugi bagi yang ingin merasa. Kedai tersebut terletak di Ulu Kinta belakang petronas. Harga Mee Udang Sempoi nie lebih kurang RM8 sepinggan kalau tak silap. Sebab kami makan kira sekali dan terlupa nak tanya tuan kedai berapa harganya ini pun saya congak mengikut kiraan semua sekali jumlah yg dibayar kawan saya. Bagi yang duduk Ipoh pergilah cuba. Bagi saya tak rugi makan benda mahal sedikit kalau rasanya sedap. Selamat mencuba.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

waaah untung lah mesti sedap kan?