Isnin, 11 Julai 2011

ALHAMDULILLAH (ANUGERAH DEKAN)



Selama 2 tahun iaitu empat semester aku bertarung dan mengharap untuk menggengam sijil anugerah dekan akhirnya sem lepas doa aku dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Mungkin kerana doa dari mak dan abah yg tak jemu doa anak dia berjaya. Semalam adalah hari penyampaian untuk yang dapat anugerah dekan di hotel Renaissance Melaka. Aku masih lagi ingat nasihat kawan baik aku zainal yang selalu bagi aku nasihat bila aku gagal nak dapat anugerah dekan, dia cakap belum sampai lagi masa Allah nak bagi kita sesuatu yang kita hendak. Kita kena berdoa tanpa henti. Aku ingat lagi masa aku semester dua pointer aku 3.48 lagi sikit je nak dekan, aku sangat lah sedih dan down gila waktu tu sehingga semester tiga aku hilang semangat untuk mengejar impian aku. Dan kerana putus asalah sem 3  pointer aku jatuh dengan mendadak dan teruk walau pun masih 3 pointer keatas. Tapi bila aku fikir balik nasihat zainal, nasihat mak dan abah pada aku semester 4 aku bangkit balik walaupun gagal mendapat anugerah dekan dan aku pasrah serta redha. Alhamdulillah berkat kesabaran aku dapat juga anugerah dekan semester lima lepas. Bila aku fikir balik aku tersenyum walaupun komputer riba aku jatuh pecah skrin dan aku tiada komputer riba nak buat assignment aku berjaya jugak. Terima kasih pada zainal sekali lagi dan juga sahair yang bagi pinjam komputer riba diaorang untuk aku siapkan kerja aku. Aku juga dapat buktikan bahawa tidak kira apa pun kekurangan kita kalau kita tekad, berusaha, ingatkan mak dan abah kita pasti kita akan berjaya mengharunginya. Aku berdoa supaya supaya suatu hari nanti aku akan dapat mengejar cita-cita aku walaupun beronak berliku laluan yang terpaksa aku lalui begitu juga dengan adik beradik aku, aku harap mereka akan mengikut jejak aku dan menjadi insan yang berguna serta membanggakan kelaurga mereka. Amin.




*koleksi gambar yang sempat ditangkap.

4 ulasan:

KeY_riN berkata...

tahniah fizi...akhirnya awak berjaya...saya bangga ngan awak...

pijjie_masscom_uitm_melaka08 berkata...

tq kirin tq so much... saya doa awak pun akan dapat suatu hari nanti amin...

Ayuu R'zad berkata...

tahniahh senior:)

pijjie_masscom_uitm_melaka08 berkata...

tq dear