Sabtu, 21 Mei 2011

BERSAWANG MELAMPAUI BATAS

Ya Allah memang semester lima aku sibuk x cukup tangan dgn assignment, keje luar, shooting, tambah lagi dengan persatuaan kebudayaan aku memang semuanya kelam tapi dapat diurus dgn bijak, Alhamdulillah semua dah belalu dah nak habis pun cuti semester yang x seberapa nak semester ini, minggu depan sudah masuk semula dan yg best kelas hnya hari rabu sahaja satu kelas sahaja, insyaallah untuk project next sem memang byk akan menanti, dgn event untuk part 6 event kebudayaan, harap2 jadilah pertukaran budaya ke indonesia serta pertukaran budaya uitm disarawak. Sepanjang semseter lima mcm2 benda berlaku, nak kongsi sikit lah melalui gambar2 yg akan di uploadkan nanti, dengan kenangan shootingnyer, pesta pantun bestari, event kebudayaan dan mcm2 lagi, bagi aku walau pun penat tapi semuanya penuh bererti dalam hidup ini kerana ia mengajar aku untuk jd lebih tabah insyaallah, ye la mana x nyer dua hari x tido2 uruskan citrawarna then shooting sampai 6 pg bangun uruskan citrawarna lgi, pas tu shooting then malam citrawarna... fuhhh penat untuk 3 hari berturut-turut, kalau x kuat smangat memang dah tumbang agaknyer...

 Nie dgn my best friends kat jonker walk melaka


 Majlis tertinggi persatuan kebudayaan dan kesenian UiTM Mleka 2011


 Persembahan Secentra di sepetang bersama media


 Memasak dgn dhiya bila ada masa terluang


 Pesta pantun bestari 2011 Universiti Malaya


 Malam penutup citrawarna UiTM Melaka 2011


 Karnival penghayatan budaya (KARYA) 2011


 Persembahan Teater dari Kelab Sepresi


 Pertandingan Citrawarna antara kolej UiTM Melaka


 Jawatankuasa citrawarna 2011


Lawatan ke kilang gardenia dgn classmate

Sebenarnya byk nak di upload tapi nie je la dulu, nanti ada masa akan upload.....


Isnin, 7 Mac 2011

SEMUANYA KERANA SAHABAT

Huhu kata orang sahabat ada waktu kita susah dan senang, dia juga akan terima kita seadanya, tak kira siapa kita dia tetap sahabat kita, but in my condition x semua macam tu. Huhu salah ke saya jadi mcm nie saya x tahu nak cakap tapi saya tahu yang saya nie sape. Mungkin kerana dia dah bosan dengar segalanya pasal saya tapi saya tak kisah cuma saya tahu yang saya x kan cari dia lagi untuk meluahkan segalanya sebab ada benda yang dia boleh terima sahaja yang saya boleh luahkan pada dia, the rest x pe la saya leh tanggung sebab saya dah biasa dah dengan semua tu. Tapi apa pun awak semua tetap kawan saya cuma saya tak tahu la bila saya akan jumpa kawan yang sebetul-betulnya.

Isnin, 28 Februari 2011

Sibuk, Sesak, Lelah, Penat

Alhamdulillah saya ucapkan dulu sebab sudah berlalu pergi Majlis Perasmian Minggu Aspirasi Komunikasi Islam yang dianjurkan oleh Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Melaka dan KOMED serta dijayakan oleh pelajar semester lima (DMC5E) diploma komunikasi dan media UiTM Melaka. Event ni adalah bagi memenuhi keperluan subject event management yang saya ambil sem nie. Seminggu sebelum event x cukup rehat, x cukup tido penat berlari kesana sini, menghantar press invitation kepada media di Melaka dan byk lagi. Tapi sy x mengeluh kerana saya memang suka buat event dan enjoy bila melakukannya sebab tu lah saya nak ambil Public Relation for my degree nanti. Alhamdulilah Imam Muda Asyraf datang untuk perasmian kami dan adakan soal jawab dgn pelajar disini. Tetapi paling kelakar ada lah simbolik perasmian dimana kami menggunakan panah kemudian ada bom asap, x sangka lak bom asap tu banyak sangat sampai kan pengarah kampus kami Prof Dato Dr Mizan  lenyap ditelan bom asap, tapi x pe la tu yang akan orang kenang heheh, lagipun kami dah tanya PA pengarah kampus kami  yang dato okay je dgn semua tu sebab sebelum nie dia penah mengalami situasi bom asap dgn pasukan PALAPES UiTM kami. Sampai sekarang semua orang bertanya. Tapi yang paling pedas ialah bila Madam Wan Rozita bertanya kepada saya pasl insiden ini hahah mtilah saya, nak2 saya penolong pengarah projek untuk event nie, saya menjawab sebaik mungkin tapi tetap kene bidas hahah tapikan saya x kisah sebab saya dah biasa dengan Madam Wan apa yang dia tegur semua tu untuk kebaikan dan menaikkan semangat saya, kiranya setahun saya bekerja dgn dia sebagai KOMED mcm2 saya dapt. Thanks Madam. Lepas je event saya terus flat x sedar diri haha. Apapun memang seronok dapat bekerja dgn semua kawan2 saya DMC5E serta pertolongan barisan majlis tertinggi komed dibawah pimpinan adie lokman dan thanks sebab menjalankan tugas anda dgn laksana dan berjaya, minta maaf lah kalau saya ada buat silap dan salah tapi saya ini hanyalah manusia biasa sahaja. Satu event dah lepas jadi sekarang saya tinggal beberapa event sahaja lagi. Doakan saya tabah dan berjaya amin.

Isnin, 7 Februari 2011

FLASH DAN HAFIZI SAID

FLASH?????? Pe tu??? Itu lah benda pertama yang saya keluarkan. Ingatkan macam blajar indesign and photoshop tapi upanya kene melukis gambar or kartun yang bergerak. Memang x lah kerana saya nie memang x minat melukis dan benci semua tu. Sebab tangan saya bukan untuk melukis dan fikiran saya bukan untuk mereka. Betapa Seksanya hati saya jiwa saya zahir dan batin. Lain yang ilukis dan buat lain hasilnya. Memang sem nie la masalah saya yang paling besar.

Rabu, 26 Januari 2011

Fly Away From Me........

Susahnya hidup nie kenapa lah bila masuk je bab perasaan dan soal hati sy akan tewas dengan mudah. Benar kata kawan saya bahawa hati saya nie terlalu lembut dan mudah memaafkan orang walaupun dia buat saya merana sekalipun. Everytime saya mencuba untuk menjadi pendendam dan membalas segalanya saya tidak mampu laksanakan. Hingga ada yang ambil kesempatan atas sikap saya ini. Bagi saya hidup nie banyak cabaran dan dugaan. Saya cuma harap perasaan sayang saya pada dia pergi jauh dari hidup saya, dan saya diberi kekuatan untuk memulakan kehidupan yang baru. 23 JAN lepas genap enam bulan saya mengenalinya terlalu banyak kenangan manis yg sentiasa diingati di kotak fikiran hingga susah untuk dilupakan sehingga segala keburukan yg dia lakukan pada saya, saya lupakan dalam sekelip mata, tapi dia sendiri sudah cakap supaya saya lupakan dirinya kerana tidak mungkin untuk dia menerima saya kembali kerana takut dia akan melukai saya semula. Saya harus terima dan teruskan hidup ini biarkan perasaan itu terbang jauh dari hidup saya supaya saya boleh melupakan segalanya. Memang sakit bila putus cinta lebih2 lagi bila kita terlalu sayang pada orang itu. I have to move on dan pastikan perasaan itu terbang jauh dari hidup saya.
Sampai menutup mata by Acha Septriasa.


embun di pagi buta
menebarkan bau asa
detik demi detik ku hitung
inikah saat ku pergi

oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi

reff:
aku tak mudah mencintai
aku tak mudah mengaku ku cinta
aku tak mudah mengatakan
aku jatuh cinta

senandungku hanya untuk cinta
tirakatku hanya untuk engkau
tiada dusta sumpah ku cinta
sampai ku menutup mata
cintaku sampai ku menutup mata

oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi
repeat reff

Isnin, 17 Januari 2011

SEMESTER LIMA

Tension giler sem nie awal2 sem lagi dah busy. Ya Allah kerja punya la banyak awal2 lagi dah x leh duk diam, dgn com researchnyer, audio visual, event management, flash every week ada je assignment kene submit. Nie x campur lagi dengan kebudayaan lagi meeting lagi semua bercampur, Berat giler sem nie, cepat la habis sem sedangkan baru 3 minggu je sem nie mula. Sampai bila i boleh bertahan x tahu la harap2 everything will be okay. Setakat nie junior part one masscomm okay la bagi i. This sunday Induction Masscomm while saturday induction kebudayaan. Matila hahahaah, lepas je cuti raya cina fuhh jgn cakap la bermula segala susah payahnya sebab ada event citrawarna under kebudayaan then event managemant lagi, karya, lawatan kebudayaan, fuhhh memang mencabar, but for me i suka bila banyak kerja mean i sibuk so i dont have time nak layan perasaan yang sangat melalut nie, the time for me to move on dah tiba, i have to forgot everything about my past love i kene berdiri diatas satu jalan je kemudian nekad. Semalam kawan i kak mun call and i told everything to him banyak yang i luahkan, dia pun bagi advised buat apa i maafkan org yang pernah buat i sakit dan merana, but actually cakap dia betul memang susah nak lupakan org yg kita cinta dan syg dia buat apa pun kita tetap akan maafkan dia dan terima dia lepas dia pujuk tapi sampai bila semua ini sebab dia akan ulangi semula kesalahan yg dia buat. Huhu sem nie i nak concentrate pada subjek audio visual i nak buat filem seram yg gempak... I hope everything will be okay dan i akan makin sibuk sampai x da masa nak fikir pasal cinta, makan, minuM and everything kecuali my family then, hanya fikir kerja, kerja, kerja. MOVE ON HAFIZI SAID MOVE ON.

Sabtu, 21 Ogos 2010

MEDAN IKAN BAKAR KUALA SUNGAI BARU

Salam ramadhan kepada semua pembaca. Sejak dari awal ramadhan lagi nak sangat berbuka di Medan Ikan Bakar Kuala Sungai baru sebab makanan kat situ sangat sedap dan berpatutan. Hari khamis memang x da kelas untuk semester nie, Jadi pagi khamis tu i dgn roomate i sahair n hafiz mengemas bilik supaya nampak kemas, bersih dan selesa. I nie cerewet sikit bab kemas mengemas nie i x boleh tengok bilik bersepah kalau x mula la i membebel dan menjerit x tentu pasal jadi roomate i pun sentiasa la alert pasal kekemasan dan kebersihan bilik. Lepas je kemas bilik mula berfikir what should i do pada petangnya.. Tiba-tiba teringat Bel dan Mira hehehe, pe lagi terus la call nak ajak pergi bazar ramadhan Kat Masjid tanah sebab nak sangat cari gulai tempoyak disana.. dari awal puasa cari x jumpa ngidam bebeno la waktu tu kiranya. Jadi mereka pun setuju. Kami pergi dua buah kereta. Kereta Bel yang dinaiki oleh mira, fizie ( i la tu), anysz dan hafiz. Kereta fize lak dinaiki azril, najmi n zainal. Sampai je kat Masjid Tanah Zainal dan Najmi bagi cadangan supaya beli kuih je kat bazar dan kita semua berbuka kat Medan Ikan Bakar Kuala Sungai Baru. Hahaha pe lagi semua setuju la sebab teringin nak makan ikan bakar. Jadi kami mudik (mudik la sangat kan) dari masjid tanah menuju ke kuala sungai baru hahahaha. Sampai je disitu kami semua terpesona (katanya) apabila melihat keindahan tempat tersebut kerana kedai makan nya diatas laut dan waktu tu matahari nak terbenam jadi sangat cantik. Kami menuju kesurau dulu untuk menunaikan solat asar. Bayangkan sembahyang disurau kat situ ibarat mcm kita sedang solat diatas kapal ditengah lautan sebab nampak laut di depan, bawah, kiri dan kanan kita. Lepas solat Kami terus menuju ke salah satu kedai kat situ dan pe lagi mula memilih ikan untuk dimakan. Kami semua pilih ikan siakap untuk masak 3 rasa, sotong untuk goreng tepung sotong dia besar, yang pilih sotong tu Azril i sempat lagi laha tau "korang niekan x baik tau makan kaum sendiri" hehehe then ikan pari bakar sambal, dan juga kerang bakar sambal. Nasi lak semua amik nasi putih dan air sirap limau. Kuih-kuih pulak kami dah beli dari bazar tadi. Satu persatu makanan yang kami order sampai dan nampak menyelerakan. Excited nyer amatlah giler sebab x sabar nak rasa masakan tersebut. Tiba2 kami tgok org sebelah dah berbuka jadi kami pun terus berbuka la. Ya Allah sedap nya Allah je yang tahu. Sotong tepung dia rangup dan sedap, Ikan siakap tiga rasa dia pun sedap, Ikan pari sambal bakar pun sedap dan yang paling sedap ialah kerang bakar dia. Semua orang makan x ingat dunia sangat waktu tu. hahaahaha. makan sampai habis lak tu dengan kuih2 sekali. Terfikir gak berpuasa ni biarlah berbuka dengan sederhana tapi kami nie ishh seram tau kalau tengok. Heheheh. I x tau nak cakap apa tapi makanan nya sangat la menyelerakan dan sedap. Tiba2 terlintas difikiran untuk bawak satu kelas berbuka disitu nanti. I pun suruh la mira amik no telefon kat situ supaya senang kalau nak order awal. Apa pun i rasa setakat nie this moment lah sweet memory yang paling best bila berbuka dgn kawan2 baik dan semuanya i syg giler2. By the way thank to u guys sebab sudi berbuka bersama-sama. Nanti kita pergi Port Dickson pulak ek sebab ada satu kedai tomyam yang sedap giler kat situ ngeeeee. Jadi nie la gambar yg dapat diambil.. tq to zainal sebab gambar nie dari kamera phone dia sebab sorang pun x bawak dslr waktu nie.

Pilihan kami

semua tengah tunggu makanan nie

tengok cepat

siakap 3 rasa
sotong tepung
banyaknya makanan

lapar niee
dah habis makan dah ehehe


Isnin, 9 Ogos 2010

MY NEW LIFE


Owh ya kat atas nie adalah my latest picture. I potong rambut sebab demam dan x tahan sakit kepala. Kebetulan pulak ada AGM MASSCOMM. Ianya berlangsung pada 8.8.2010 dimana ianya adalah hari terakhir i bergelar sebagai MAJLIS TERTINGGI KOMED 09/10. Sekarang my life kembali seperti pelajar biasa yang lain dan i dapat lihat kesibukan i semakin berkurangan. Keadaan semuanya kembali seperti biasa tetapi kepenatan masih terasa. Sekarang nie cuma duduk menyiapkan assignment yang nak kene submit before cuti raya, Assignment tu adalah publishing assignment. My group members mencadangkan supaya kami memilih BLUE INC publishing house for our publishing assignment. I cuma setuju sahaja kerana minggu lepas seminggu i demam dan kene tahan dekat wad UiTM sebab suhu i 38.5 celcius. Dapat mc seminggu tapi balik rumah opah di melaka je x balik perak pun sebab that week i ada Karnival Budaya dan juga AGM MASSCOMM. Itulah my last event for this semester agaknya. Oh ya semester nie agak lapang juga sebab kelas sikit dan banyak masa terluang. Em for broadcaasting subject our assignment adalah pasal RADIO dan tak tahu nak pilih radio apa. My classmate Bel cadangkan i pilih RTM radio sebab dia pun buat rtm. Tapi i rasa i nak buat SURIA FM for this subject. Bila fikir balik i dah penah buat suria fm for my mass media masa semester dua. Emmm i kene pikir dalam2 hahahaha. 

Jumaat, 7 Mei 2010

TAMAT SUDAH SEMESTER INI

Alhamdulillah tamat dah semester ini selepas berbagai dugaan terpaksa aku tempuhi. Semester ini mula rasa erti hidup dimana aku banyak mengalirkan air mata diatas sebab yg menyakitkan. Hilang kepercayaan pada kawan, kemalangan, latop pecah, kamera i sewa rosak sebab accident, handphone jahanam, ditikam dari belakang oleh kawan baik dan macam2 lagi. Aku dapat rasa pointer aku mungkin akan jatuh. Hancur harapan untuk anugerah dekan. Semester depam aku tukar kelas nak mulakan hidup baru. Dah tekad. Tapi andai aku x da kat melaka maksudnya aku g Fast track la tu. Tapi bergantung. Walaupun luka dikhianati dah sembuh tapi ianya berparut. Berharap sangatsemester depan akan jadi lebih baik dari semalam. Amin..... Dengan ini tamat suad semester tiga sebagai MASSCOMMER and i makin matang untuk blajar apa itu erti hidup....

PUISIDRA KELAB KEBUDAYAAN UITM MELAKA

 PUISIDRA CAHAYA SUCI IMAN  KELAB KEBUDAYAAN UITM MELAKA
                                                                          

 
On stage

Alhamdullillah x sangka dapat offer untuk buat persembahan pembukaan Majlis Pertandingan Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan di MITC Melaka. Majlis Agama Islam Melaka or MAIM minta kelab kebudayaan UiTM Melaka buat persembahan kitaorg pe lagi terus je terima. Tajuk Puisi tu ialah Cahaya Suci Iman. Jadi kami telah memilih Noorlieza n Amir sebagai pemuisi yg lain pelakon dan krew. Memang hebat persembahan u guys malam tu lepas byk yg diharungi. Mula2 dengan pentas yg kecik then kami minta besarkan,pas tu masalah audio..fuhh kelam waktu tu... then last sekali ialah lighting yg x letop. Menurut syarikat PA system tersebut mengatakan mereka x diberitahu bahawa ada persembahan just ada bacaan al quran je. Tapi atas kegigihan pihak yg uruskan event tu maka hari persembahan kami dpt gak lighting yg meletop hehehe..best gak la. x lupa SU MAIM Puan Syarifah atau lebey mesra dipanggil akak sangat la baik.. sediakan bilik untuk kami bersiap iaitu di ANCASA HOTEL MITC. not bad the room. ok la untuk besiap. Malam pesembahan memang panik mau x nyer takot x menjadi malu nama kelab Teater UiTM Melaka. fuhhh alhamdullillah semua selesai dan berbangga dengan merekasemua.. u guys adalah yg terbaik.. next sem kita akan wat teater muzikal lak hehehe.. Here some picture from me...


Pesembahan bermula

Tengah make up hehehe

Barisan ahli kelab teater yang terlibat

Barisan Hamba

Bangsawan arab

Barisan lelaki islam

Barisan krew yg hot

Pemuisi yg disayangi

Barisan audio n lighting
                                                     
Penasihat Kelab dan SU MAIM

Khamis, 8 April 2010

Nasib Malang atau Sumpahan

Tak tahu la kenapa semenjak dua menjak nie masalah dan nasib malang atau sumpahan menyelubungi diri ini. sentiasa didalam dilemma. Bak kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga. Tapi bagiku ianya lebih teruk dari itu. Mula2 accident terima 12 jahitan didagu, moto rosak teruk, tabgan berparut, lepas tu minggu nie my latop jatuh dalam kelas waktu presentation then skrin dia pecah. Aku hanya mampu menangis je waktu nie. dah la story board x habis edit lagi. keadaan menjadi kelam waktu tu. terpaksa gagahkan diri present dulu then dah habis baru menangis sepuas-puasnya. Semalam pulak aku pergi teman zainal shoot gambar kat Tanjung Bidara untuk story board dia tiba2 kaki sahair luka n berdarah. aku pun berkejaran la untuk menolong dia tapi lain jadinay bila aku jatuh di atas batu di tepi [antai dengan tganku terseluih serta pipi ku terhantuk diatas batu. sakitnya tuhan sahaja yg tahu. habis beg, organizer dan barang2 ku basah. Paling malang lagi bila handphone ku kena air laut dan sekarang mengalami kerosakan. aku tak tahu la lepas nie apa yg akan berlaku tapi aku menati hari yg bahgia kelak. Tiba2 aku teringat kata2 Sahair "Allah x kan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya. aku akan banyak bersabar kali ini.

Rabu, 3 Mac 2010

MY SCHEDULE ON MARCH UNTIL APRIL

Huhu cepat masa berlalu dah bulan ketiga untuk tahun 2010. Dalam tempoh masa nie macam i belajar dan dapat pengajaran termasuk la accident yang menyebabkan dagu dijahit sebanyak 12 jahitan. Ngeri gak la sampai sekarang x berani nak tunggang motosikal lagi. Bulan nie agak sibuk sedikit sebab banyak event yang i kene handle n join. Assignment pun melambak. Bel pula makin hari makin membosankan tak tahu la kenapa tapi dalam banyak2 lecturer bel yg paling best ngajar Mr Saini la. huhuhu. so nie la benda yg i kene lakukan dan beri tumpuan dahulu

1)4.3.2010 - PUBLIC RELATION QUIZ, METING KEBUDAYAAN
2)5.3.2010 - JOURNALISM TALK
3)8-12.3.2010 - PUBLIC RELATION AND JOURNALISM MIDTERM EXAM
4)12-14.3.2010 - PUBLIC RELATION PROGRAM AT USM
5)16.3.2010 - GROUP CRITIC DESIGN
6)28.3.2010 - SANTAI BUDAYA
7)29.3-1.4.2010 - FESTIVAL KEBUDAYAAN UITM
8)30.3.2010 - FINAL PRESENTATION DESIGN
9)1.4.2010 - PRESENTATION SEVEN PICTURE N ESSAY SUBMISSION
10)2-3.4.2010 - FESKOM
11)21.4.2010 - PUISI DRA SEMPENA PEMBUKAAN PERTANDINGAN MENGHAFAZ AL-QUARAN PERINGKAT KEBANGSAAN DI MITC MELAKA

Jadi nie la yg kene buat setakat nie. huh kne banyak bersabar dan x boleh tangguh kerja lagi. Meting lagi la jgn ckp tiap minggu ada je. latihan untuk puisi dra pun sama gak. But i enjoy with all of this sebab i suka kan cabaran. hahahahaha. Dengan adanya kerja nie la i dapat melupakan segala masalah yang dihadapi. I hope this sem i got Deans list. Amin... so i hope i ada masa lagi nak update blog tentang cerita menarik...

Khamis, 11 Februari 2010

SETELAH SEKIAN LAMA

Ya Allah dah lama rupanya i x update blog... hehehe agak la kan.. sedikit sibuk.. this sem i masuk semester ketiga jadi banyak cabaran dan subjek pun makin susah. This sem i blajar photo com, graphic design, journalism and public relation. Paling best sebab ada subject PR ye la kan i nak further degree in PR la nanti. heheheheh. This sem i masih lagi menjadi MT KOMED cuma awal2 sem dah memang sibuk sebab i jadi ketua projek untuk induction part 1 n part 2. Nie la first time induction digabungkan jadi agak mencabar disini. Walaupun macam2 berlaku tapi ianya tetap berjaya. Alhamdulillah nanti kalau ada masa i update la pasal induction. Then lepas tu kami komed kene la bawa student masscomm part 1 sampai part 3 pergi ke UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM) sebab ada perjumpaan perdana menteri Datuk Seri Najib datang. So masscomm dipilih untuk memeriahkan suasana. Memang kami gila2 havoc samapi IPTA n IPTS lain tenggelam ye. Hahhhaaa. Sebab kan ini la hari nie,Jumaat 12.2.2010 kami kene hanta lagi student masscoom part 1 n part 2 ke Puncak Alam atas permintaan our VC. so terpaksa la pergi huhuhuhu. This sem juga i belajar cara menggunakan DSLR memang best ada la beberapa gambar yg i ambil yg i suka heheheheh



nie gambar yg i ambil kat tanjung bidara hehehe... setelah laam i meroyan u ntuk ke pantai akhirnya waktu nie dapat gak pergi n dapat gak hilangkan segala beban dan masalah di hati ini hahaha nanti kalau ada masa lagi i akan update blog lagiii...

Jumaat, 13 November 2009

BERLALU PERGI PENUH KENANGAN PAHIT

Alhamdulillah tamat sudah kehidupan semester dua i. Masa berlalu begitu pantas sekali... Sepanjnag semester dua nie bermacam macam dugaan telah dihadapi. I tahu siapa kawan siapa lawan, siapa talam dua muka dalm kelas i.. Sem nie gak assigment samapi ke KL dan bermacam macam kontrovesi berlaku tapi tetap disabarkan hati ini. Mulut manusia memang x boleh diubah lagi la kerana mereka akan sentiasa bercakap. Sem nie byk gak yg menjadikan i semakin sibuk. X sangka leh jadi MT KOMED untuk sesi nie. Terharu pun ada n tugas dijalankan sepenuhnya. Sem nie gak la merasa berpuasa jauh2 dgn family nak menagis pun ada ahahahah kelakar bila difikirkan... sem nie gak la i beranikan diri menerima cinta yg sudah lama i buang jauh2..tapi benda yg sama berlaku juga sebelum nie hati aku merintih minta dilepaskan dia ckap still syg... tapi entah la memang merana pun ada... cinta yg lama juga dtg menagih kembali knp hidup nie makin rumit.. i lagi x sangka ada kawan kelas yg mulit mcm sial melaga lagakan org sampai i x begaduh dgn org lain.. sem nie gak dapat team baru team budak2 jahat yg sundal.. lilo,miera,aniss,kella,farah,yan,zety,bel ahahaaha...tapi alhamdulillah i arap hidup semua bahagia.. x sabar lak tgu next sem untuk cabaran baru dalam hidup sebagai MASSCOMMERS

Ahad, 11 Oktober 2009

ATTENTION TO MASSCOMM PART TWO

Guys here final exam schedule that i got from student portal... check it out ok for masscomm part two at UiTM MALACCA... TQ

THURSDAY (29/10/09)- BEL 260 (9.00 A.M. - 12.00 NOON)

FRIDAY (06/11/09) - CTU 151 (2.45 P.M. - 4.45 P.M)

SUNDAY (08/11/09) - COM 164 (9.00 A.M. - 12.00 NOON)

THURSDAY (12/11/09) - COM 161 (9.00 A.M. - 12.00 NOON)