Selasa, 28 April 2009

MOVIE_COMING_SOON_THAILAND


cover poster movie

Wawa 8 bintang untuk movie yang inie. Seram kot... Memalukan tgok movie nie sebab i n Anis menjerit sambil masing2 memeluk lilo... Haha... Penonton lain tgok je. Mana tak nyer hantu dia kuar secara tiba2 tau tak. Lilo rilek je tgok cite nie. Strong gla perempuan tu... I lak sampai g toilet pun leh menjerit tgok bayang2 sendiri... Betul la kan kebanyakkan cite Thai semuanya menyeramkan betul2 menyeramkan... Bagi i nie la Best Thai Horror Movie 4ever tau... Cita nie tentang seorang perempuan tua yg menculik kanak2 kemudian cungkil bijik mata diaorang. Perempuan tua nie nama dia CHABA. Si Chaba nie kehilangan anak2 dia dakam kebakaran rumah. Cite nie kebanyakan nyer belaku dalam wayang sebab dalam movie nie cite nie tajuk nyer revenge of spirit. Cirte nie x release kat pawagam tapi dua orang pekerja nie tgok movie nie untuk wat salinan cetak rompak tapi lain jadinya kerana sape yg tgok je waktu Chaba kene gantung hantu nie akan bunuh dia dgn mengorek bijik mata diaorang.... tapikan si Chaba nie x mati dia ada kat umah sakit jiwa... Jadi siapakah yang menjadi hantu Chaba n kenapa dia membunuh mereka yg menonton cerita tersebut? pikir la ek. Malas lak nak cite semua x besh nanti korang x tgok n x melalak macam i n anis... n x cool macam lilo... haha. Gla kot oerempuan nie langsung x takut. Sound effect dia memang besh n letop, n dia nye scene x byk flash back jd mudah untuk memahaminya. Jadi tontonlah dgn kawan2 yg ramai kalau leh satu kelas k. Haha.....

cover 2


Heroin movie nie


Hero movie nie yg gagah berani


Hero tgah nonton movie

BALER_FILIPINA_MOVIE

Main page for baler promotion

Sembilan bintang untuk movie Baler... Itu yang mampu I katakan selepas menonton movie ini... Amat menyayat hati n teharu... Sebuah filem Filipina lakonan pelakon lelaki yg menjadi idaman semua gadis dimana ala2 meroyan x betempat iaitu Jericho Rosales n pelakon wanita yg amat ayu iaitu Anne Curtis... Untuk pengetahuan semua cite nie berdasarkan cita yang sebenar ok. Menceritakan tentang sebuah kisah percintaan yang amat romantis di sebuah kampung yang bernama Baler. Waktu filem ini adalah pada zaman peperangan diantara Filipina dan Sepanyol. Celso lakonan Jericho rosales merupakan tentera sepanyol dimana dia nie merupakan kacukan sepanyol n filipina ler. Manakala heroin Feliza um... indah namanya merupakan gadis tempatan katakan... biasa la kan kalau citer perang nie mesti askar luar akan jatuh cinta dengan gadis tempatan... I x kan bagi sinopsis cite nie sebab nak anda menonton nyer n rasai kesyahduan yg i rasai selama menonton filem nie... Waktu tgah menonton nie gigih i guna tisu untuk mengelap air mata yg bertaburan. Hahahaha... Ni la cite cinta yg amat romantis tau tak... Ending dia besh sebab ending dia menyatakan x semua cinta akan bersatu di penghujungnya kerana maut akan memisahkan kita satu hari nanti... So baik korang tgok movie nie kalau x rugi la korang....



Romantik nyer

Waktu nie besh gak



Penduduk kg melarikan diri ke hutan



Scene2 dalam movie nie

Jumaat, 24 April 2009

MULUT LAHA...TERUK...

Masih wujud gak manusia yg x sedar diri suka melaha orang kat dunia nie... Kalau dia tu sempurna x pe la... Nie dia pun x sempurna... Nak kata jantanz... x kot... Ala2 akak yg berangan yg dia akak2.. divasz... Benci sangat... Tak suke... tak suke... tak suke... kita idop kat dunie nie biar la pandai jaga mulut n diri...... Memang betoi kata peribahasa "KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA" Sejahat jahat mulut i masih belapik gak bla becakap... Tau jaga hati orang... Konon2 i la mulut jahat... Tak sedar tol makhluk allah yg nie... Arap2 insaf la kembali ke pangkal jalan... Kalau dgn i x pe la i leh tahan... Mane la tau takot2 nati tekena dgn orang lain tambah2 pondan yg x tahan gurau atau yg cepat temper sebab amik hormon mati la orang nie... Mulut kena la sayang kalau rase mulut tu ala2 nak cantik macam Angelina Jolie truskan la usaha anda... Ala2 kata i majulah mulut untuk kehancuran... X sanggup i dgar berita makhluk allah kena pukul ngan mak hayam atau jantan2 sebab mulut Hanj..... mengalah... hanj... bab..... Nati x pasal2 wujud lagu tema "mulut mu hancur di bibir pengisar cili". Em malas nak cakap lebih2 nie just luahan hati... Korang rasa wajar kew i meluahkan prasaan pada makhluk allah nie? Tapi kalau i x sanggup la malas nak ckp nati dia ingat i kuang ajak la..... Jadi better i diam jew n tgok pe kan jadi satu hari nati....

Ahad, 19 April 2009

PERMULAAN SEGALANYA......

Yaallah berikanlah ku kekuatan untuk menempuhi peperiksaan akhir semester satu ini. Berilah hamba mu ini kekauatan untuk menjawab semua soalan. Hari nie first paper akan bermula pada pukul 2.15 petang. Harap i dapat duduk dgn tenang menjawab soalan BBM111. Semalam gigih study jd harap-harap dapat jawab semua. Amin....

-PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI-
-BBM 111-
-2.15P.M-

Jumaat, 17 April 2009

FINAL EXAM...........

Tak mungkin final dah hampir..... Isnin nie mula la paper untuk final exam bagi student MASSCOMM sem 1 UiTM Melaka.... Gigih la i study sapai 4 atau 5 pagi... Macam mana la nak hadapinyer..... sabar je la.. X pe better i follow bape tips yg kengkawan atau mak-mak hayam atau gayah-gayah yg i kenal bagi kat i.

1. Gigih pusing satu blok untuk menceriakan asrama waktu semua tgah study ok.

2. Dah pusing satu blok masuk bilik mandi, n cari baju yg paling u suka pakai ok...

3. Pakai baju n seluar pendek yg menjolok mata.... dimana senang nak study...hahaha

4. Bukak buku n mula membaca.... Ops lupa lak baca la doa dulu...

5. Sambil baca buku jgn lupa wat nota ringkas...

7. Macam biasa i tau kita nie lama2 baca buku bosan jadi benti kejap....

8. Bangun n wat air kopi untuk ilang ngantuk

9. Ops jgn ingat kopi x baik utk u alzzz semua sbb kopi ada kafein yg leh kuatkan ingatan... nie kajian ok..

10. Untuk nie korang semua kena minum 3 kali seminggu je... jgn lebih

11. Then jgn sambung study lu u kena melac hanj kat blok ok

12. Pegi mana2 bilik yg ada orang tgah sterss sbb study then beri servis....

13. Pas tu gigih study lik ok...

14. Bla ngantuk tdo ok jgn x tdo...

15. Kalau gigih lagi trus pusing satu blok dari bilik k bilik.

p/s nie semua cite n tips dari senior n kwan2 kesayangan i... insyaallah esok dapat jawab semua soalan... haha....

* kalau nak follow better u follow.. kalau i luv pakai baju pink n suar pendek pink. Jgn tiru k... baju n suar wana pink utk i je... haha... motif kan x bagi orang pakai

Selasa, 7 April 2009

SOCIOLOGY GROUP ASSIGNMENT

Lega rasanya dah selesai assigment socio. Warga Tua itulah tajuk assignment kumpulan kami. Mula-mula proposal nak wat research kat Rumah Seri Kenangan Cheng Melaka. Jadi buat la surat kebenaran menjalankan kajian tapi lain jadi nyer. Jabatan Kebajikan Masyarakat buat new procedure baru dimana kami perlu anta proposal untuk diaorang then baru wat research tapi malang sangat sebab kami tak mempunyai masa yang mencukupi untuk tgu permohonan yang diproses. Wawa cedey gler n tension waktu tu. So langkah yang berkesan kami pergi cari seorang warga tua untuk ditemudugakan. Wawa kami pun mencari n bertanya pada kawan kami sheila. Kebetulan team Stole n Anis ataupun i panggil Adik wat kajian kat kg sheila tentang kemiskinan jadi kami pun pe lagi trus serang umah shiela ari tu gak. Sheila cakap dia leh tolong untuk cari warga tua yang diinterview. Tapi sebelum tu g la singgah kat masjid kg nak solat jumaat. Malang sangat pebila bukak jew pintu kereta n kaki melangkah keluar "KELEPEK" terpijak tahi lembu. I pe lagi menjerit la sampai orang tgok. Payah mencuci kasut n sembur perfume. Kami mula kajian dgn pergi interview warga tua dahulu untuk group i then baru tentang kemiskinan untuk group Stole. Besh gle first time wat research kat luar. Opssss sowi lupa nak cakap tempat kami g untuk reseach kami. Nama tempat tu ialah Kampung Sepri Rembau Negeri Sembilan. Lepas je habis research tu kami kena g Terminal One Seremban untuk edar questionnaire. Tapi kami g Jusco Seremban jap Untuk beli cd lagu bagi presentation. Sesuatu yang kelakar berlaku disini bla tiket untuk kami keluar dari parking site x diterima mesin jadi punya la belambak kereta menunggu n hon. Hahahaha tak tau nak cerita macam mana sebab memang kelakar gler. Habis research pukul 9 malam then g pengkalan balak untuk dinner.

*p/s- hepi gler dah submit group assignment and presentation socio


Interview session_para bakal wartawan tgah interview nieh


Kat umah sheila sebelum bertolak ke rumah individu yg igin ditemuramah

Gigih tgah tetapkan tarikh untuk temuramah n kajian

Sabtu, 28 Mac 2009

THREE BELOVED FRIENDS IN MY LIFE

Huhu orang cakap zaman sekarang memang susah nak cari kawan sejati. Memang betul pun. Sebab tu la daku menyayangi sesebuah persahabatan. Kawan2 baik ku tidak ramai. Yang perempuan hanya tiga orang jewr. Tu pun selepas beberapa kejadian ngeri yang menyebabkan kami hampir berpisah masa form 5 tapi alhamdulillah ianya berkekalan sampai sekarang. MAZNI ataupun lebih manja di panggil MAZ BUCUK kwn ku sejak kecil lagi sebab rumah kami berdekatan dan berjiran membesar bersama-sama katakan. Kawan ku yang peramah, manja, lembut tak kot sebab dia ni brutal cikit. Haha aktif sukan katakan. NABILA atau lebih havoc panggil BIE BUCUK orang nye macam maz tapi minah rempit. Rempit ker? Em....... mungkin sebab dulu mula-mula dapat moto punya la sopan bawak macam ustazah katakan. Tapi sekarang masyaallah laju giler..... merempit la katakan. Haha jgn marah ek bik. Dia ni anak ke2 dipanggil kak ngah. Opah bie nie jiran dgnku tu yg besh n rumah dia pun tak jauh dgn rumahku dan yang penting umah dia dekat sekolah je. Sahabat ku yang akhir sekali namanya HASZRINYANTI dipanggil YAN BUCUK. Dia ni manja n sensitif cikit. Peramah pun ada gak. Yang penting dia ni kawan yg caring macam yang lain. Yan jugak macam daku sensitif gla perasaan kita orang mudah tersentuh. Lepas jew habis form 5 kami berpisah jap. I keje kat KL, yan duk dgn kakaknya kat peneng kecuali maz n bie kat kg lagi. Ingat kami berpisah tapi tak kami masuk form 6 sama2. Tapi sekarang i belajar kat UiTM Melaka, Bie kat Kolej Kejururawatan Pasir Mas Kelantan. Jadik tgal Maz n Yan jew kat Bota Perak Amik STPM. Gud luck my frenzzzzzzzzz........... love all of u. Daku berdoa semoga persahabatan kita kekal ke akhir hayat.


MAZ COVER AYU


BIE TGAH TUNJUK MUKA COMEL


YAN POSE KAT POKOK


3 ANAK DARA TGAH SENYUM

P/S- waktu nie daku menahan air mata dari menitis kerana rindukan mereka semua. Lama tak jumpa dan susah nak cari pengganti mereka kat uitm.

Ahad, 15 Mac 2009

PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI MELAKA {KONTIJEN UITM}

Alhamdulillah syukur lega dah lepas sambutan maulidur rasul. X sangka gak leh terpilih mewakili Uitm utk perarakan ni pada 09.03.2009. Citenyer bemula apabila pada khamis malam 5 mac i tgah packing barang untuk betanding teater kat segamat and pas tu nak balik. Tiket dah beli. Naik keretaapi dari Tampin pukul 4 pg sapai Ipoh 11 pg. Tiba2 tgah mengemas ada orang cakap YDP kolej cari i. I pun mengelabah tak tentu pasal ada wat salah ke ek. Nama YDD kolej i Amin. Orangnyer baik and peramah. Dia cakap yg dia mgu ni kena wat assigment kat luar jadi tak dapat g perarakan maulidur rasul n minta i tolong gantikan dia. Fuhhhh........... gigih kot i dah beli tiket lagipun ada kenduri tahlil kat umah opah i. Jadi ckap la kat dia i x dapat tolong. Tapi bila dia minta tolong bebeno i pun jadi kecian. Bak kata orang perak LIBANG-LIBU. Huhu. I tepaksa wat keputusan yang akan memenatkan i kerana balik sehari ke perak then balik sini lik. Bla difikirkan i pun setuju je la. Mukin ari ni dia perlu bantuan nanti2 i lak. Jadi ari isnin 6pg Gigih ni ala2 bawak lampu suluh bekumpul kat koperasi untuk menaiki bus. I rasa ala2 i nak g menoreh pagi2 buta ni. Ngantuk nye jgn la ckp. Sesampai kat stadium hang tuah kami pun ambil tempat kami dan menunggu giliran untuk berarak. Alamak lupa la pulak yg tepilih untuk perarakan ni semuanya MPP UITM MELAKA dan YDP KOLEJ. Dapat ar gak kenal diaorang semua. Huhu........ penat pun ada. ni gambar kami yang sememangnya segak dan ayu berbaju melayu bagi lelaki n bebaju kurung bagi wanita.


BESEMANGAT GITU KAK DIANA N DIA


TENGAH BERARAK NIH


DIA and Kak Diana MPP MASSCOMM


SEBELUM PERARAKAN



Rabu, 11 Mac 2009

INTER CAMPUS READER'S THEATER AT UITM SEGAMAT

Huhu gigih kot kita orang mewakili UiTM Melaka dalam pertandingan teater kat segamat. Semingu jew i belatih tu pun last2 minit dipilih bagi membantu mencukupi watak. I pegang watak King Claudius. Strong i jadi raja. Haha gagah sangat waktu tu. Opsss lupa lak nak cakap tajuk teater kitaorang. Tajuknya Hemlet by Wiliam Sheakspear. Huhu kalau ejaan salah maklum la. kita orang betanding pada 06.03.09. Persedian ala kadar jew. Tapi yg kelakar kita orang bergerak ke UiTM Segamat jam 10 pg jd i n Anis sempat kot wat speaking test for BEL120. Waktu test tu orang gigih nak habis cepat ni si Anis leh pulak lambatkan dgn membangkang pilihan i dgn Lilo. Haha. Sampai jew segamat trus dibawa kerumah tetamu Ledang Inn. Cantik kot tempatnya. Dalamnya lg cantik jd i n anis yg memang fotogedik ni trus mencapap tangkap gambar kat setiap ruang yang ada dari bawah hingga ke tingkat atas. Kemudian dak UiTM Pahang pun sampai. Benda yg kelakar kat Uitm Segamat beberapa kali kita orang sentap sebab kat sana dia punya kekuatan agama tinngi. Huhu. Pas jew solat trus besiap sedia untuk bertanding. semua dimekapkan dgn produk make up yg ditaja oleh budak part 2 n tak tau pe jenama make up dia. punya la besemangat kami bertanding tapi malang yg memang tak penah bebau tapi dikatakan bebau [pelik gak kan] waktu giliran kitaorang yg gigih n melotopzzzzzzz dgn make up chorus ala2 tebal 2 kaki microphone wat hal. Bla kita orang becakap ianya begaung. Yang pelik waktu dak Segamat wat persembahan dia orang dgn tajuk teater Cinderlacan mike ok jew. Xpe la pasrah je la kan u allzzz. Bagi i tiap kali i masuk ape2 petandingan hadiah, menang atau kalah itu nombor dua yg paling penting pengalaman sebab kita belajar dari pengalaman untuk meneruskan hidup. Pe pun kita orang tetap bangga dengan pencapaian kita orang sebab kami kalh dengan penuh begaya kerana ramai yg memuji kami yg hebat antara yg lain sampai pengarah kampus UiTM Segamat pun memuji kita orang. Waktu tu kembang kincup semuanya. Haha.......... Macam trade mark kita orang hebadddddddd......... Thank u to all person who involve in Hamlet teater.

lepas habis betanding teater semua begambar ala2 fotogedik

ni la kita orang tengah wat persembahan


pose chorus yang memukau lagi menarik perhatian


semua kepenatan masa dalam pejalanan pulang hingga meleleh air liur haha

bergambar dgn piala yg dimenangi dgn penuh gaya

Selasa, 10 Mac 2009

CAMPING PICTURE PART 2




Huhu continued picture camping yg menarik sbb byk nak dikongsikan.



yg pegang biskut tu prebet kesayangan fizi, yg blakang cheroi cute n yg tgah tu me.


Huhu tetap manis kan i begambar dgn dak PLKN kat Ayer Keroh dgn komander kesatria




huhu gigih peserta sdg redah paya tapi i n safwan begambar dgn komander


waktu ni ujan n baru nak mula wat water confident


Isnin, 23 Februari 2009

UITM DIHATIKU


UiTM DIHATIKU.

WUJUDMU DISINI DI TANAH ANAK MERDEKA
BAGAI OBOR ILMU MEMAYUNGI PUTRA PUTRINYA
PELOPOR HIDUP BUDAYA BANGSA, AGAMA…NEGARA
PEMBENTUK AKHLAK MANUSIA AGAR JADI SEMPURNA

KU YANG MELANGKAH DISINI INGIN MEMPELAJARI
RAHSIA DI MUKA BUMI DENGAN CARA HAKIKI
TUNJUKKAN AKU JALAN ILMU-MU UNTUKKU MENUJU
DESTINASI CITA-CITA NEGARA DAN BANGSAKU

MAJULAH BANGSA
MAJULAH NEGARA
BERKAT USAHA JAYA MARA

KAMI BERIKRAR AKAN BERJASA
HINGGA KITA BERJAYA…. DEMI BANGSA

WATIKAH YANG KUMILIKI KAN KU SEMAT DIHATI
JANJIKU PADA PERTIWI UNYUK MENABUR BAKTI
KU SEMPURNAKAN SEIKHLAS HATI MEMBELA NEGARA
DOA RESTU AYAH BONDA KU UNTUK SEMUA
UiTM…. USAHA TAQWA MULIA


Hayatilah lagu ini. Mesti kita akan tahu betapa besar jasa UiTM kpd golongan melayu. Satu2 nyer universiti yg masih membela anak bangsa. First time i dgr lagu nie rasa nak nangis jerr. Ye la i x sangka leh dapat masuk UiTM dgn result yg cukup makan je. Skunk ni memang UiTM dihatiku. I x kan hampakan harapan UiTM terhadap anak bangsanya. Bangun melayu jangan tinggal dibelakang



PICTURE MASSCOMM INDUCTION 09



Yang gebu2 tapi mesra tu tukot, yg tgah tu i ataupun Agi.
manis kan. huhu. Yg ujung skali tu adk i Anis orang pangil
Rambut. Comel tiga2nyer n mesra kan.

Isnin, 16 Februari 2009

MASSCOMM INDUCTION PART 1 [08-09]

Penat happy n besh semua becampur waktu MASSCOMM induction pd 14.01.09. I ingatkan induction tu teruk tapi tak. Dapat gak kenal ramai senior. Paling best nyer i tak sangka team i G.G.M. yg bermaksud gebu-gebu manja leh jd johan keseluruhan. Meletopzzzzzz sangat. Thanks kat konyum sbb bg nama G.G.M. Tapi dia tak dpt g induction. Sedih ar gak. Sape sangka team akak n budak yg ala2 gemuk mcm blue hippo yg comel n gebu leh menang. Kat sini gak ar i dpat knal ramai senior. Daniel, Fitri n ramai lagi ar. Yg penting team i havoc walaupun team kuning menang team paling havoc. I ni gla glam gak jd waktu induction pe lagi menyerlah la i. Siap ajar senam robik lg tu. haha. Manis gla pengalaman nie. Tak mukin aku akan lupakan. Tapi kan sedih gak sebab dak part one kelas DMC1A ramai tak drtg. 3 orang je kot yg dtg. I yg sakit darah tinngi ni pun gagah n gigih dtg. ye la diaorang ru dah tua sbb diaorand dak tg quit n dismiss dari uitm kampus lain tapi masuk masscomm. Mungkin ingat diaorang senior. Pe pun kelas DMC1E tetap yg terbaik. Siap dapat pujian lagi. Kembang kincup bontot masing2 kna puji dgn MT KOMED. I tak kembang. haha. Yg penting HAMZ sbg senior part 6 dari kelas DMC6E nasihat kan kitaorg supaya jaga nama kelas E. haha. Waktu main game lawan terompah gergasi i terjatuh digarisn penghujung dah tu kna seret lak sakit gla tapi my team tetap menang. Haha GO G.G.M. Benda paling besh ialah waktu closing dak part one duduk ramai2 n wat bulatan pas tu baca ikrar masscomm. Mnakala senior n MT KOMED stand by ala2 pengganas tapi diaorng tak nampak mcm pengganas pun muka ala2 muka comel n cute yg nak bagi anak2 ayam kampung makan kot. Haha. Lepas je habis baca ikrar diorang baling belon yang berisi air gan tepung tak cukup lg simbah tepung. Waktu tu I rasa ala2 perang tepung yg ala2 manja n meletopzz tercetus. i pun mengecilkan badan tapi tak menjadi. sbb i memng tak leh kecil. Waktu ni gak la kita dapat tgok wajah sebenar budak masscomm yg dah jadi hantu tepung di UiTM Alor Gajah nie. Benda yg besh dak perempuan dah tak yah pakai foundation n powder sbb dah disponsor kan FOUNDATION TEPUNG. EM ala2 namanya Foundation pecantik semulajadi di sertakan belon. Hilang jerawat n kulit jd lcin gitchu. Haha. THANKS TO ALL SENIOR PART 4,5,6 N MT KOMED bagi sesi DEC08-APRIL09. I will remember all of you. Go MASSCOMM GO MASSCOMM. GUD LUCK.

ANIS N FARIS YG DI MAKE OVER


NAZ A.K.A ATONG MY SIS


ME N ANIS


MIRA N ME TGAH LAWAN MINUM

Isnin, 2 Februari 2009

KERINDUAN TERLAMPAU

Wawawa aku rindu kat kawan2 form 6 ak lu. mcm ne ar diaorang skunk. dah lama tak contac. tahun ni dia orang STPM huhu. ak ingat lagi sebelum aku masuk uitm ak ckap kat diaorang temuduga aku berjaya n ak dpt tawaran. trus diaorang cakap jangan lah pergi. kelakar pun ada. tapi at least ak ckp ar kat diaorang. bukan macam kwn ak nama nabila ak pangil dia bie. kta orang best friend. ak knal dia dari tahun satu sampai skunk. dia skunk study kat kolej kejururawatan pasir mas. masa dia dpt interview ari tu dia diam x ckp pun. tau2 dia msg ckp dia dpt kolej jururawat under spa. best gler. kwn2 form 6 ak ni suma satu kepala dgn ak. TAmBAH2 WANDAY,SYIKIN,ETON,IMAH,JANNAH,AMAR NAN. rindu ar kenangan kita camping kat teluk senangin. untuk hilangkan kerinduan tu ak letak video kat sana. hehe. best gak main bola tampar pantai. HEHE. Berita terbaru An baru je accident. Dia ckp dia x hensem lg.




Ak tingin sangat tgok dia. Cuti midterm ari tu ak x dpt jupa dak2 form 6 sebab ak lik ari sabtu dimana hari yg sama kakak adnan kahwin so dia ajak ar kwn2 dia. Sedih gla. Lg 1 benda tebaru masa biella balik dari Perak k Pasir Mas dia tetingal handset dlm bus. Haha. Mak dia telefon org lain yg angkat. Menangis mak dia. Bila dah mlm baru dia perasan handset dia dah hilang. Jd trus pinjam hanset kwn dia call mak dia. Mak dia menagis teresak esak sbb takut sesuatu terjd pd dia. Benda paling penting dis call handset dia pak cik pemandu bus ckp dia simpan handset tu kat kaunter jd nati g amik. Fuhhh........ masih ada lg orang sebaik pak cik tu. Masa bie cita kat ak ak dah ketawa gla2. Dia memang careless. Hehe so pe pun ingat n sygi ar barang anda. Hehe. AKU RINDUKAN KORANG LA. FRENZZZZ 4EVER